WALAU TIADA 1 MALAYSIA, UMNO TETAP ‘ZIONIS’

>> Sabtu, 20 Mac 2010

Ini zionis 1 Israel.

Ini zionis 1 Malaysia.


Bising dalam media, kemarahan UMNO terhadap tuduhan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa slogan 1 Malaysia mempunyai kaitan dengan 1 Israel.

Padaku, sudah berkurun aku menulis menyatakan bahawa UMNO memang ‘yahudi’ melayu, waima tiada kaitan dengan 1 Malaysia dan 1 Israel sekalipun. Selagi UMNO berpegang dengan dasar kebangsaaan, nasionalis perkauman assobiyyah, selagi itu aku beranggapan bahawa UMNO adalah Yahudi melayu.

Firman Allah;

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

Maksudnya;
“Ramai dari kalangan ahli Kitab bercita-cita untuk mengeluarkan kamu menjadi kufur selepas keimanan kamu. Semuanya kerana berpunca daripada dengk daripada diri mereka selepas nyata kepada mereka kebenaran”

(Surah Al-Baqarah : 109)

Mengikut kitab At-Tafsir Al-Kabir, dinyatakan bahawa punca usaha mengeluarkan umat Islam dari ajaran Islam yang dilakukan oleh yahudi adalah bersebab semangat asobiyyah keyahudian yang terlalu menebal, sehingga sampai satu tahap mereka sanggup menolak kebenaran dan kenabian Muhammad SAW semata-mata baginda tidak berbangsa Bani Israel, bahkan berbangsa arab. Dengan kata lain, penolakkan terhadap kebenaran yang dilakukan oleh orang yahudi terhadap ajaran Nabi Muhammad SAW adalah bersebabkan mereka meletakkan asobiyyah mereka terlalu menebal.

Yang pasti, unsure Assobiyyah ini wujud dalam pemikiran UMNO, cumanya berbeda dari sudut bangsa sahaja; iaitu yahudi berasobiyyah dengan Bani Israel, dan UMNO berasobiyyah dengan melayu.

Jika Yahudi dahulu sanggup menyelewengkan kandungan kitab Taurat. Apa beda dengan UMNO yang sanggup menukar hukum-hukum Allah SWT; menghalalkan perkara yang haram, dan mengharamkan perkara yang halal?

Inilah yang terkandung menerusi firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ

Maksudnya;
”Kecelakaan bagi mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka mendakwa ”ini datang di sisi Allah”. Tujuannya, untuk membelinya dengan harga yang murah. Kecelakaan bagi mereka terhadap apa yang mereka tulis dengan tangan mereka, dan kecelakaan bagi mereka terhadap apa yang usahakan”

(Surah Al-Baqarah : 79)

Justeru, tidak ada beda antara UMNO dan Yahudi. Perbedaan antara kedua-duanya hanya, UMNO berbangsa melayu, dan Yahudi berbangsa Israel.

Sekian

Wallahu ‘Alam

0 ulasan:

Catat Ulasan


About This Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP